ASRAN ALIAS
ASRAN

Ketuanya, Asran Alias berkata, pengumuman yang dibuat oleh bekas Pengerusi Badan Perhubunhan UMNO negeri itu dijangka merubah landskap politik negara dan negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya berharap Mustapa akan dapat menggunakan membantunya pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Armada Jeli dan Kelantan mengucapkan tahniah atas pengumuman Mustapa untuk keluar UMNO.

“Pengumuman ini tepat pada waktunya dan mengukuhkan sturuktur Pakatan Harapan untuk jangka masa panjang.

“Pengalaman beliau dalam pentadbiran kerajaan selama lebih 20 tahun sangat dialu - alukan untuk membantu pentadbiran Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Armad Jeli percaya akan ada lagi wakil rakyat di negeri ini akan mengikut jejak langkah Mustapa.

Semalam, Mustapa mengumumkan keluar UMNO semalak keran hala tuju parti itu tidak selari dengan prinsipnya. - UTUSAN ONLINE