IBRAHIM ALI
IBRAHIM ALI

Bekas Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, memandangkan Anwar telah lama berada di luar kerajaan, maka adalah lebih baik beliau mengambil sedikit masa untuk memantapkan diri sebelum mengambil alih jawatan tersebut daripada Perdana Menteri yang ketujuh itu.

Menurutnya, adalah penting untuk Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan mengambil masa  mengenali semua individu di bawah pentadiran Dr. Mahathir bagi membolehkan beliau meneruskan tugas Perdana Menteri dengan lancar.

“Sebaik-baiknya, isteri beliau, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan memberi laluan kepada Anwar supaya proses peralihan kuasa berjalan lancar,” katanya dalam video berdurasi lapan minit 41 saat yang dimuat naik dalam laman sosial YouTube di sini kelmarin.

Pada masa yang sama, Ibrahim turut mencadangkan sekiranya kesihatan Dr. Mahathir mengizinkan, beliau perlu terus diberi mandat untuk memegang jawatan nombor satu pentadbiran negara itu sekurang-kurangnya untuk satu penggal. - UTUSAN ONLINE