Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda sambil diiringi 50 pegawai dan anggota Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) serta Trup Tindakan Cepat (TTC) Jabatan Penjara Malaysia.

Pasukan pengiring Anwar turut dibantu Cawangan Trafik Wilayah Kuala Lumpur Cawangan Khas Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras dan Bahagian Ketenteraman Awam IPD Cheras.

Anwar sebelum itu menjalani prosedur pembebasan di Wad 2C, Hospital Rehabilitasi Cheras, di sini. - UTUSAN ONLINE