Tegas Presiden PKR itu, seperti mana calon yang lain, beliau juga boleh menghadiri mana-mana majlis makan malam.

"Penduduk setempat mahu menganjurkan majlis makan malam itu, malah calon yang lain juga menghadiri majlis seumpama itu. Mengapa pula saya tak boleh ?

"Saya tak rasa akan tangguh (majlis makan malam itu)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan 'Malaysia A New Dawn',di sini hari ini.

Terdahulu, Bersih 2.0 menggesa Ketua Umum PKR itu untuk menangguhkan majlis makan malam percuma untuk kira-kira 4,000 tetamu di Lukut sehingga PRK Port Dickson selesai pada Sabtu ini.

Bersih 2.0 turut menggesa Anwar untuk mencontohi langkah pesta durian ditangguhkan sehingga selesai PRK Sungai Kandis bagi mengelakkan sebarang pelanggaran undang-undang pilihan raya. - UTUSAN ONLINE