Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Islam, Melayu, raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan banyak lagi telah dikompromi pada waktu ini kerana kepemimpinan datang dari parti yang terlalu lemah dan kedudukannya terlalu bergantung kepada sokongan orang lain.

Katanya, negara terpaksa membayar dengan harga yang mahal jika hal ini berterusan.

“Tolong selamatkan Malaysia. Negara lebih memerlukan beliau kini. Pendiriannya cukup kejap dalam isu Islam, Melayu, raja-raja Melayu dan ummah,” katanya dalam laman Facebook di sini semalam. - UTUSAN ONLINE