Datuk Lokman Noor Adam
Datuk Lokman Noor Adam

Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, desakan itu dibuat ekoran tindak-tanduk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilihat banyak melakukan kerosakan terhadap negara termasuk gagal menunaikan janji-janji yang dicanang dalam pilihan raya umum lalu.

“Kami akan mendesak supaya pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutamanya Anwar tak bersekongkol dengan Mahathir. Kami harap Anwar berani berpakat dengan parti lain untuk bentuk sebuah kerajaan baharu bagi menyelamatkan Malaysia tetapi ada juga kemungkinan beliau takut untuk masuk penjara semula.

“Apa pun sama ada bersama dengan Mahathir atau tidak, DAP harus disingkirkan daripada kerajaan. Walaupun bekerjasama dengan Anwar dan Mahathir ini mungkin tidak menguntungkan saya tetapi kita perlu buat,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah selesai Himpunan Tuntut Janji Rakyat 100 Hari Pentadbiran PH di Dataran Menara Alor Setar di sini, hari ini.

Hadir sama Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan, Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohammad Fadzil Zolkifli serta Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri.

Antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut serta dalam himpunan tersebut adalah Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas), Kelab Veteran Komando Malaysia serta kalangan mahasiswa. - UTUSAN ONLINE