"Saya tidak pernah kata begitu. Berita palsu tidak akan dilayan.

"Apa yang saya katakan adalah bahawa anda tidak boleh menafikan beberapa elemen yang mungkin kami tidak persetujui. Itulah proses demokrasi," katanya dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini hari ini.

Beliau berkata demkian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal bisnes yang memetiknya sebagai berkata: "Ada pihak tertentu atas alasan peribadi masing-masing ingin mensabotaj aturan ini (peralihan kuasa)".

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Port Dickson berkata, apa yang penting PH, Dr. Mahathir dan beliau sudah bersetuju untuk beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Kelapan. - BERNAMA