Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat menerusi Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat Yang Ke-14 memberitahu, Majlis Dewan telah mengambil maklum bahawa Jawatankuasa Pemilih bersetuju atas cadangan penubuhan jawatankuasa tersebut yang turut menyaksikan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang sebagai timbalan pengerusi.

Turut berada dalam jawatankuasa berkenaan ialah Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin; Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman serta Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Turut menganggotainya ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri DR. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sementara itu, enam lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah ditubuhkan bagi mengawasi dan memeriksa kerajaan dengan setiap jawatankuasa tersebut akan dianggotai tujuh ahli Parlimen.

Enam jawatankuasa tersebut adalah, Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang; Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet dan Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri.

Selain itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender; Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-Negeri dan Persekutuan serta Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam.

Dalam pada itu, menerusi penyata khas tersebut juga memberitahu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menggantikan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir.

Turut dilantik dalam jawatankuasa tersebut ialah, Ahli Parlimen Selayang, William  Leong Jee Keen bagi menggantikan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin dan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad yang menggantikan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin. - UTUSAN ONLINE