Menurut See Yan, beliau berbuat demikian selepas berbincang dengan bekas Gabenor BNM, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein.

“Saya tidak ingat tarikh sebenar saya berbincang dengan Menteri Kewangan.

“Anwar sangat kecewa dengan kerugian yang berlaku dan bersetuju dengan pandangan saya bahawa segala kelompangan yang ada perlu ditutup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding pendengaran di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE