Amalan murni tersebut dikongsi calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson itu menerusi Facebook.

.Dalam gambar yang dimuat naik, Anwar berbaju warna kuning berjalan sambil memegang sampah di kedua-dua belah tangannya.

“Pantai bersih Port Dickson indah. Kebersihan pantai tanggungjawab kita semua! Port Dickson ku indah tanpa sampah,” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE