Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Penasihat PKR itu juga sedang menjalani rawatan dan pemerhatian lanjut.

Justeru, jelas kenyataan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan menghadiri semua program rasmi yang dijadualkan untuk beliau kecuali diberitahu sebaliknya.

“Anwar dimasukkan ke hospital kerana kekejangan di bahunya dan beliau sekarang menjalani rawatan dan pemerhatian lanjut. Anwar telah dinasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat semasa menjalani rawatan dan berada dalam tempoh pemerhatian,

“Anwar, Wan Azizah dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas doa dan sokongan yang dihulurkan buat masa ini,” jelas kenyataan itu yang disiarkan dalam laman Facebook Wan Azizah, hari ini. - UTUSAN ONLINE