TAN SRI ANNUAR MUSA
TAN SRI ANNUAR MUSA 

Beliau berkata, setiap daripada pejuang-pejuang parti perlu sedar bahawa mereka sebenarnya hanya orang biasa tanpa pangkat, kuasa dan gelaran tetapi bernasib baik apabila disokong oleh rakyat yang melihat sebagai idola dan orang yang dipercayai.

Kata beliau, mereka itu menunggangi kekuatan parti untuk naik ke atas dan terus ‘hidup’ dalam berpangkat di saat kawan-kawan lain jatuh tersungkur.

“Tetapi kita dilonggokkan dengan pelbagai pangkat dan kedudukan. Betapa besar jasa parti terhadap kita.

“Kini buat pertama kali, parti kita hilang segalanya. Inilah saat parti amat memerlukan kita. Kalau dulu kita memerlukan parti, parti menyelamatkan kita. Tetapi bila parti memerlukan kita, wajarkah kita lari menyelamatkan diri kita?” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Annuar berkata, lebih menyedihkan, mereka yang lari meninggalkan parti itu ada yang menghina parti sendiri yang baru sahaja rebah tanpa cuba menolong, malah memijak dan meludah parti.

“Alangkah malunya kita yang ditatang bak permata sebelum ini, tiba-tiba cair sebagai plastik yang baru sedikit dibakar api. - UTUSAN ONLINE