Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa Johari Abdullah, 58, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa merupakan anggota polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Gombak.

Ujarnya, susulan daripada itu, pemandu kenderaan terlibat telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE