AMINUDDIN HARUN
AMINUDDIN HARUN

Aminuddin, 51, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan negeri berkata, surat watikah daripada Presiden pakatan berhubung pencalonan beliau telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini.

Ujarnya, cuma nama beliau dihantar oleh Pakatan Harapan untuk pertimbangan bagi jawatan tersebut.

“Perjumpaan dengan­ Tuanku berjalan de­ngan baik dan baginda memaklumkan akan mem­­buat pelantikan (Menteri Besar) dalam tempoh terdekat. Ta­rikhnya terpulang kepada baginda,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Tuanku Muhriz di Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.

Pakatan Harapan mem­­­­­bentuk ke­­rajaan ne­­geri selepas memperoleh 20 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan manakala baki 16 kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN).

Aminuddin membe­ritahu, beliau dan seramai 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan telah menghadap Tuanku Muhriz seorang demi seorang pada pukul 3 petang ini.