AMINUDDIN HARUN
AMINUDDIN HARUN

Beliau yang merupakan Naib Ketua Cabang PKR Seremban akan mencabar penyandang jawatan tersebut sejak dua penggal lalu, Kapten (B) Zulkapli Kassim.

Keputusan Aminuddin yang juga Pengerusi PKR negeri bertanding di Tampin adalah antara kejutan besar dalam pemilihan kepimpinan PKR negeri yang mempunyai lapan cabang.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Mohd. Nazree Mohd. Yunos bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Rembau.

Beliau yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dijangka berdepan pertandingan lima penjuru di cabang berkenaan.

Pencalonan bagi pemilihan PKR negeri dibuka sejak pukul 10 pagi dan berakhir pukul 6.30 petang. - UTUSAN ONLINE