S. AMBIGA
S. AMBIGA

Ambiga dalam satu kenya­taan hari ini memaklumkan, ketika ini, beliau tidak dapat memberi komen memandangkan prosiding kes itu masih belum selesai di Mahkamah Tinggi London.

“Dalam pembelaan dan tuntutan balas kes perbicaraan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Brown yang difailkan di Mahkamah Tinggi London, hanya dua perenggan yang mana saya dinamakan sebagai sumber.

“Saya tidak dapat memberi komen ketika ini dengan mengambil kira prosiding kes itu masih belum selesai di Mahkamah Tinggi London,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Ambiga berkata, forum untuk mengadakan perbicaraan di Mahkamah Tinggi London telah dipilih oleh Abdul Hadi selaku pihak menuntut kerana beliau berhak untuk berbuat demikian.

Oleh itu, kata beliau, sebarang permintaan (atau tuntutan) untuk dokumen atau maklumat harus dilakukan di Mahkamah Tinggi London.

“Jadi, respons terhadap tuduhan serius yang terkandung dalam pembelaan dan tuntutan balas harus diserahkan di mahkamah tersebut. Di sana juga (Mahkamah Tinggi London) perbicaraan akan diadakan dan bukannya di Malaysia,” katanya.