Perdana Menteri berkata, penyakit yang membawa musibah buruk itu berlaku kerana semata-mata mahu memastikan diri sendiri naik untuk dijadikan sebagai calon.

“Sudah dua kali (kita kalah), jangan sampai tiga kali. Untuk berjaya kita mesti bersatu hati, mesti anggap bila UMNO, MIC dan MCA kuat BN juga akan jadi kuat.

“Jangan kerat sesama sendiri, dulu suka kerat hapuskan penyakit ini. Ini resepi, bukan kita tidak kuat tapi kita suka tembak kaki sendiri,” katanya ketika berucap dalam Majlis Jamuan Rakyat dan Pelancaran Jentera BN Selangor

di Dataran Kampung Sungai Chik, Ulu Yam dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE