Kumpulan Utusan akan mengagihkan secara percuma 2,000 unit akaun E-Paper Utusan Malaysia untuk tempoh penggunaan selama satu tahun kepada 2,000 perwakilan UMNO yang bertuah.

“Agihan akan diberikan secara terhad mengikut konsep ‘Siapa Cepat Dia Dapat’ dan orang ramai boleh mendapatkan akses E-Paper di gerai jualan Kumpulan Utusan yang terletak di Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),’’ kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, akhbar digital ini boleh dibaca menggunakan telefon pintar, tablet dan komputer seawal pukul 5 pagi di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.