Beliau yang sedang bercuti sebagai Presiden UMNO memberitahu, kehadirannya adalah bagi memenuhi janji kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk hadir pada hari ini.

“Saya telah berjanji kepada Tok Mat (Mohamad) bahawa saya akan datang pada penamaan calon ini,” katanya kepada pemberita di pekarangan SJKC Bandar Sri Sendayan di sini.

Menurutnya, PRK itu terpaksa diadakan bukan kerana kesalahan yang dilakukan oleh Mohamad sebaliknya ia adalah keputusan mahkamah ekoran permohonan dibuat oleh Dr. S. Streram.

“Walaupun Tok Mat kini adalah dari parti pembangkang, beliau telah banyak memberi sumbangan dalam bentuk kemajuan dan pembangunan di Rantau serta Negeri Sembilan secara keseluruhannya,” ujarnya.

Ditanya sama ada beliau akan turun berkempen di Rantau, Ahmad Zahid berkata, ia bergantung kepada situasi politik di situ.

“Jika kehadiran saya membantu kemenangan Tok Mat, maka saya akan berada di tempat yang memerlukan sumbangan saya. Jika sebaliknya, saya akan terus memberi sokongan dari jauh,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE