Timbalan Perdana Menteri yang memakai baju kemeja merah putih tiba pada kira-kira pukul 8.01 pagi dengan diiringi isteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan anak sulungnya, Nurulhidayah, 39, serta calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Sebaik sahaja selesai mengundi kira-kira lima minit kemudian, Ahmad Zahid bersalaman dengan masyarakat setempat yang sedang berbaris untuk mengundi.

Pada PRU-14, Ahmad Zahid yang menyandang kerusi Parlimen tersebut sejak 1995 dicabar calon PKR, Datuk Pakhrurrazi Ar­shad dan calon Pas, Datuk Ata Abdul Muneim Hasan Adli. - UTUSAN ONLINE