Beliau yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO tiba pada pukul 2.20 petang dengan disambut oleh Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias dan pemimpin Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian tersebut.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Persidangan itu turut dimeriahkan dengan Jamuan Aidilfitri yang dihadiri kira-kira 8,000 ahli UMNO dan penduduk sekitar. - UTUSAN ONLINE