Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberitahu keputusan itu dicapai berdasarkan kepada persetujuan bersama kesemua lapan Ketua Bahagian UMNO di Terengganu secara konsensus.

“Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan telah bersetuju melantik Ahmad sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu bagi menggantikan Mahdzir.

“UMNO mengucapkan terima kasih kepada Mahdzir yang telah menjalankan tugas selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Annuar turut mengumumkan pelantikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO.

Menurut Annuar, pelantikan Mohamed Apandi adalah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Othman.

“Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersidang Rabu lalu telah bersetuju melantik Mohamed Apandi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin. Sehubungan itu, UMNO berterima kasih dan amat menghargai sumbangan Abdul Ghani sepanjang menggalas tugas itu,” ujar beliau. - UTUSAN ONLINE