Difahamkan surat peletakan jawatan itu telah dihantar kepada Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali pada Isnin lalu.

Ahmad Razif yang juga bekas menteri besar Terengganu dilantik sebagai ketua pembangkang untuk tempoh sepenggal ini setelah Barisan Nasional (BN) negeri yang diterajuinya tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sementara itu, Yahaya ketika dihubungi enggan mengesahkan adakah dia sudah menerima surat peletakan jawatan Ahmad Razif kerana sedang bercuti.

"Saya kurang sihat, esok apabila masuk pejabat baharu saya boleh sahkan tentang surat itu," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE