Kenderaan membawa bekas Menteri Besar itu dilihat memasuki pekarangan istana pada kira-kira pukul 11 pagi.

Sejam kemudian, kenderaan yang membawa Ahmad Bashah dan isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad meninggalkan pekarangan istana berkenaan.

Beliau dan isteri hanya mengangkat tangan kepada pemberita dan jurugambar yang menunggu di hadapan istana. - UTUSAN ONLINE