Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ahmad Bashah kesal ucapannya dalam sidang DUN dimanipulasi

Ahmad Bashah Md Hanipah merasmikan majlis penutupan program  1komuniti 1JPJ daerah Kota Setar di Sek
AHMAD BASHAH MD HANIPAH merasmikan majlis penutupan program 1komuniti 1JPJ daerah Kota Setar di Sekolah Menengah Kebangsaa Tunku Abd Aziz Simpang Empat Alor Setar hari ini. - UTUSAN ONLINE

ALOR SETAR 21 Ogos - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah hari ini melahirkan rasa kecewa apabila ucapannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mencetus pelbagai tohmahan kepada kerajaan negeri.

Ahmad Bashah berkata, niatnya sekadar menular satu hantaran yang dimuat naik ke laman media sosial mengenai peranan institusi masjid yang perlu diperkasakan terutama dalam membantu golongan asnaf dan miskin tanpa mengira bangsa.

Beliau sekaligus menafikan hantaran berkenaan ditulisnya sendiri seperti didakwa di media sosial.

“Dia (penulis) tular pendapatnya dalam media sosial dan bila saya baca... tertarik dengan cadangannya jadi saya ambil dan bacakan posting (hantaran) itu dalam sidang DUN jika saya buat tidak mungkin saya akan sebut... aku. Saya tidak mahu ubah apa yang dikatakannya kerana saya percaya ia cadangan yang baik daripada netizen.

“Saya nak laksanakan apa yang dicadangkan supaya masjid memainkan peranan selain institusi agama juga membantu kariah bukan sahaja orang Melayu tetapi juga bangsa lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang satu hantaran yang dimuat naik di media sosial dipercayai ditulis oleh seorang guru pada tahun lepas yang tular sejak semalam di media sosial sebelum dipetik sebagai ucapan Menteri Besar itu pada sesi penggulungan Sidang DUN berkenaan minggu lepas.

Hantaran yang merupakan luahan penulis itu antaranya berharap agar ahli jawatankuasa masjid bersikap lebih proaktif dalam menangani isu asnaf dalam kariah masing-masing.

Mengulas lanjut kata Ahmad Bashah, beliau akan meminta Exco agama dan Jabatan Agama Islam negeri untuk berbincang dengan jawatankuasa masjid bagi mengadakan lebih banyak program membantu golongan asnaf dan daif.

“Saya bukan nak pertikaikan peranan masjid cuma ingin mengajak mereka (ahli jawatankuasa masjid) melaksanakan cadangan ini.

“Malah kerajaan negeri sanggup membantu misalannya kalau masjid sanggup keluar sedikit seperti belanjakan RM30,000 untuk program kebajikan kerajaan negeri akan tanggung balik.

“Itu harapan daripada cadangan itu sebenarnya,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan bantuan sebanyak RM50 kepada setiap peserta program berkenaan dengan peruntukan RM15,700. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain