DR. MUHAMMAD NUR MANUTY
DR. MUHAMMAD NUR MANUTY 

Pengerusinya, Datuk Dr. Mohd. Nor Manuty berkata, Perak mempunyai 24 cabang dan merupakan antara negeri yang besar, oleh itu sebarang risiko tidak boleh diambil kerana akan memberi kesan bukan sahaja kepada negeri dan pusat malah kepada pandangan umum.

Katanya, pandangan muktamad bagi penangguhan itu yang dibuat secara konsensus oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) juga perlu dihormati yang mana keputusan itu pastinya telah dimaklumkan kepada Presiden dan Ketua Umum PKR.

"Sebagai pengerusi PKR Perak, saya faham bahawa penangguhan ini akan memberi banyak kesan kepada calon-calon yang telah bekerja keras sepanjang tempoh berkempen yang mengambil masa lebih sebulan.

"Oleh itu saya berharap JPP parti mengambil sikap bertanggungjawab bagi mastikan tiada lagi unsur-unsur seperti ini demi menjaga nama baik parti dalam kalangan rakan-rakan parti dan rakyat," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Majlis Pimpinan PKR negeri di Medan Istana, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Penerangan PKR negeri, Siti Aishah Shaik Ismail.

Tambah beliau, PKR Perak mengesyorkan agar JPP dapat menggunakan semula kaedah manual yang diguna pakai sebelum ini sebagai alternatif untuk mengundi pada pemilihan parti tersebut.

Katanya, kepentingan manual perlu dikaji semula memandangkan terdapat dalam kalangan golongan dewasa yang masih tidak celik teknologi.

"Saya syorkan JPP untuk menggunakan kaedah manual sebagai alternatif kerana tempoh pemilihan semula itu tidak boleh ditunda bagi tempoh yang lebih lama demi menjaga moral anggota-anggota parti," katanya. - UTUSAN ONLINE