Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ahli UMNO perlu sampaikan rekod, kejayaan negara

Ahli UMNO perlu sampaikan rekod, kejayaan negara
KETUA Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa (lima dari kanan) merasmikan Persidangan UMNO Wanita, Pemuda, Puteri dan Cawangan-Cawangan Bahagian Bagan Serai di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN ONLINE

BAGAN SERAI 19 Mac - Tugas ahli UMNO bukan hanya menjawab isu yang dibangkitkan oleh pembangkang tetapi perlu menceritakan mengenai rekod dan kejayaan negara.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, persidangan peringkat cawangan dan bahagian yang berlangsung ketika ini perlu menjadi medan untuk memberikan penjelasan berhubung isu-isu berbangkit.

“Kenapa tidak diceritakan bagaimana ekonomi dunia merudum tetapi Malaysia masih mampu bertahan. Kenapa tidak diceritakan bagaimana hubungan diplomatik yang baik menyelesaikan masalah negara dengan Singapura ketika zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pelaburan negara China, sebahagian besarnya dapat kepada negara kita atas dasar diplomasi. Begitu juga dengan isu kebajikan jemaah haji yang sekian lama tidak dapat diselesaikan, mendapat layanan yang baik daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis perasmian serentak Persidangan UMNO Wanita, Pemuda, Puteri dan Cawangan-Cawangan Bahagian Bagan Serai di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain