Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ahli UMNO perlu muat turun Malaysia 4all

JERLUN 11 Mac – Ahli UMNO diminta untuk memuat turun aplikasi Malaysia 4all pada telefon pintar masing-masing bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan kerajaan, selain penjelasan berhubung isu semasa.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau menyasarkan terdapat 1,000 ahli di setiap bahagian UMNO di negara ini memuat turun aplikasi berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Kami ada hampir 200 bahagian dan itu bermakna perlu ada 200,000 ahli yang memuat turun Malaysia 4all. Menerusi aplikasi ini, mereka akan menerima tiga atau empat be­rita dalam sehari mengenai maklumat berkaitan kerajaan, selain penjelasan isu-isu berbangkit.

“Maklumat diterima itu boleh disebarkan ke media-media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan sebagainya bagi menyampaikan kebenaran kepada masyarakat umum,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama veteran UMNO Bahagian Jerlun di Dewan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Kampung Tanjung, Padang Sera di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, aplikasi tersebut yang diuruskan oleh sepasukan sukarelawan sudah pun dimuat turun sebanyak 30,000 kali sejak dilancarkan baru-baru ini.

“Sekarang ini 'peperangan' tidak lagi hanya menerusi corong mikrofon sebaliknya berada di hujung jari. Ini me­rupakan sebahagian daripada usaha kami untuk memantapkan penyebaran maklumat yang tepat dalam dunia siber.

“Sebagai insentif, mana-mana bahagian yang dapat memastikan 1,000 ahlinya memuat turun aplikasi tersebut sebelum 11 Mei depan akan diberi ganjaran lima telefon bimbit bersama talian telekomunikasi percuma,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain