Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ahli UMNO perlu main peranan sebagai pengguna media sosial

Sebar maklumat tepat kedudukan ekonomi negara

Ahli UMNO perlu main peranan
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendengar penerangan mengenai replika akhbar Suara Shah Alam daripada Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari sempena Persidangan Berkelompok Cawangan UMNO Bahagian Shah Alam di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE

SHAH ALAM 17 Mac - Seluruh ahli UMNO perlu memainkan peranan masing-masing sebagai pengguna media sosial dengan menjawab segala tohmahan pihak pembangkang terhadap kerajaan.

Saranan itu dinyatakan Ahli Majlis Teringgi (MT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai satu cara untuk memberikan maklumat sebenar kepada rakyat mengenai usaha kerajaan ketika ini untuk memastikan pembangunan negara temasuk ekonomi berada pada landasan yang betul.

"Banyak orang cerita mengenai ekonomi ini tetapi tidak ramai yang faham mengenainya. Pihak pembangkang sebagai contoh, membuat tuduhan kononnya negara nak bankrap.

"Kita (ahli-ahli UMNO) janganlah kita pula menyebarkan pula tuduhan pembangkang ini. Saya percaya kita semua ini ada telefon pintar, kita sebarkan maklumat yang benar mengenai kerajaan dan kedudukan ekonomi negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Persidangan Berkelompok Cawangan UMNO Bahagian Shah Alam di sini malam ini.

Yang hadir sama pada perasmian itu ialah Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Azhari Shaari.

Mengulas lanjut mengenai tuduhan pembangkang itu, Johari yang juga Menteri Kewangan II menegaskan, ekonomi negara pernah berhadapan dengan cabaran getir semasa masa krisis kewangan Asia pada tahun 1997-1998 yang menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jatuh pada kadar negatif tujuh peratus.

Malah, semasa krisis kewangan global pada tahun 2008 turut memberi kesan kepada Malaysia sehingga menyebabkan KDNK jatuh pada kadar negatif 1.2 peratus.

"Bagaimanapun, negara tidak juga bankrap ketika itu.

"Hari ini, KDNK sebaliknya meningkat pada kadar 4.2 peratus, bagaimana pula mana negara boleh bankrap sebagaimana yang didakwa pembangkang," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain