Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, bilangan cawangan pula mencatatkan sebanyak 21,851.

Katanya, negeri Sabah mencatat jumlah ahli tertinggi dengan UMNO Bahagian Silam mewakili ahli teramai sementara Kampung Batu Putih Darat, Libaran merupakan cawangan yang mencatat jumlah ahli tertinggi.

“Walaupun UMNO telah diasak dengan pelbagai tohmahan serta berdepan dengan pelbagai cabaran, namun syukur, Alhamdulillah kerana parti ini terus menerajui kecemerlangan.

“Kejayaan ini bukan sahaja dalam pembangunan dan kemajuan negara tetapi juga mempunyai jalinan hubungan dua hala yang amat baik dengan parti-parti politik serantau dan di peringkat antarabangsa,” katanya ketika membacakan laporan parti sebelum memulakan persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE