ANIC dalam kenyataan berkata, ahli-ahli politik perlu memainkan peranan untuk mengurangkan ‘Islamofobia’ dan kebencian terhadap satu kumpulan yang kini semakin meningkat di Australia dan New Zealand.

“Insiden ini berlaku dalam keadaan Islamofobia yang sedang meningkat. Berdasarkan laporan, suspek adalah warga Australia yang berkait dengan kumpulan ‘ketuanan orang putih’.

“Insiden tragis ini mengingatkan bagaimana rapuh masyarakat kita. Ia adalah kritikal untuk kita berdiri bersama-sama sebagai satu komuniti dan menepis semua kebencian dan keganasan yang ditujukan kepada komuniti kita.

“Komuniti Islam di Australia dan New Zealand perlu kekal tenang dan terus beri sokongan terhadap rakan-rakan yang memerlukan bantuan,” kata kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE