Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada tabung khusus yang dibuat bagi menampung perbelanjaan kes itu.

Beliau berkata, pihaknya mula membuat pembayaran kepada peguam terbabit dalam mata wang Pound Sterling pada 30 November 2016 sehingga Jun lalu.

"Dan peguam tersebut kini menghantar bil kepada Abdul Hadi yang belum kita bayar sebanyak £25,000 (RM135,226.25).

“Kes ini tidak melibatkan Pas, hanya melibatkan presiden tetapi parti tidak boleh membiarkan kerana fitnah ini dibuat membabitkan integriti presiden," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada sesi perbahasan penyata kira-kira tahunan parti itu pada Muktamar PAs ke-64, di sini hari ini.

Sebelum itu, seorang perwakilan daripada kawasan Temerloh membangkitkan soal jumlah kutipan dana bagi membiayai kes saman Sarawak Report.

Takiyuddin beekata, kutipan dana tersebut adalah atas dasar solidariti ahli terhadap Abdul Hadi bagi memastikan nama parti bersih.

"Inilah keperluan untuk kita membiayai kes ini, saya difahamkan oleh peguam, pihak yang kena saman duduk tidak sedap juga mungkin berlaku perkembangan yang baik untuk kita,” katanya. - UTUSAN ONLINE