Ratusan aduan telah dikemukakan oleh mereka kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi mendesak siasatan dijalankan segera terhadap parti setahun jagung yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad itu.

Ada di antara mereka yang diugut, dikecam dan diperlekehkan semata-mata kerana mahu menegakkan amalan demokrasi dalam PPBM.

Bersama wartawan Utusan Malaysia, HUSSAINI AMRAN mengimbas kembali keluhan yang pernah disuarakan oleh bekasbekas pemimpin PPBM serta kepemimpinan akar umbi parti itu.


 

“SIASATAN perlu dijalankan secepat mungkin supaya rakyat mendapat jawapan yang jelas atas setiap aduan yang dibuat.

Sekiranya PPBM memberi alasan bahagiannya masih belum ditubuhkan pada 2016, persoalannya bagaimana mereka mengarahkan perwakilan bahagian untuk menghadiri AGM? Terlalu banyak kekeliruan yang perlu disiasat.”


DATUK HAMIDAH OSMAN
Bekas Naib Presiden PPBM

 

 

SHARIPUL FAIRUZ MOHD. SHARIP
 

“Hari ini, saya tampil membuat laporan kepada ROS untuk menyatakan bantahan mengenai mesyuarat PPBM baru-baru ini melanggar artikel 12.2 dan tidak mengikut Perlembagaan parti.

Semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM gagal mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum AGM dilaksanakan pada peringkat pusat baru-baru ini.”


SHARIPUL FAIRUZ MOHD. SHARIP
Pemangku Ketua Pemuda PPBM Bahagian Temerloh

 

 

ARJUNA PUTRA ALI
 

“ROS, mengapa sampai hari ini tiada tindakan? Kenapa beri muka kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Apa lagi yang ditunggu ROS jika didapati tidak betul atau melanggar peraturan ROS? Bubarkan sahaja PPBM.”


ARJUNA PUTRA ALI
Bekas penyelaras PPBM Bahagian Kluang

RAJA MOHD. AZLAN MOHD. OMAR
 

“MACAM kami ini, mengikut undangundang dan ROS. Kami sebenarnya masih memegang jawatan ketua tetapi parti mendakwa sebaliknya. Tiada hitam putih hanya kerana berpandangan berbeza serta mengkritik dan kami digantikan pula dengan kroni mereka.“


RAJA MOHD. AZLAN MOHD. OMAR
Ketua Penyelaras Pemuda PPBM Pahang

MOHAMAD TAUFIK ABBAS
 
 

“KESIMPULANNYA, mereka langgar Perlembagaan mereka sendiri, sepatutnya buat pemilihan di peringkat bahagian, supaya yang datang itu memang ahli-ahli yang dipilih, barulah demokrasi. Ini sesuka hati lantik perwakilan, itu namanya kronisme.”

 

MOHAMAD TAUFIK ABBAS
Bekas Exco Pemuda PPBM

ZALIHA MOHAMD ZAKIRIA
 

“Tidak ada sikap kerjasama antara Srikandi di peringkat bahagian dengan ketua yang dilantik oleh pucuk pimpinan dan ini berlaku di kebanyakan negeri.

Pergolakan ini bukan perkara baharu malah telah wujud sejak awal penubuhan parti.”

 

ZALIHA MOHAMD ZAKIRIA
Bekas Timbalan Ketua Srikandi
PPBM Bahagian Telok Kemang