Ketuanya, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir berkata, desakan itu dibuat kerana wakil rakyat PKR itu didakwa gagal menjalankan tanggungjawab dan khidmat dengan baik kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, perkara tersebut disahkan oleh isteri beliau, Sarimah Zaizakrani dan bekas pembantu peribadinya dalam sidang akhbar baru-baru ini.

"Berdasarkan maklum balas diterima penduduk, beliau tak mampu lakukan tugas dengan baik. Sehubungan itu, Pemuda UMNO Negeri Sembilan menggesa beliau meletakkan jawatan akibat masalah kesihatannya yang semakin teruk," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Santai Bersama Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, di sini malam tadi.

Mohamad Nazaruddin, 62, baru-baru ini menafikan beliau meletakkan jawatan disebabkan masalah kesihatan berpanjangan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri telah menemui Menteri Besar, Aminuddin Harun yang memintanya meneruskan rawatan sehingga pulih. - UTUSAN ONLINE