Norlela berkata, sehubungan itu beliau menuruti arahan PKR negeri supaya kekal pada konvesyen parti yang berlangsung pada hari dan masa sama.

Katanya, berdasarkan siasat­an, ADUN PKR lain termasuk Timbalan Speaker Dewan Undang­an Negeri (DUN), Datuk Maktar Shapee serta ADUN yang mempunyai jawatan dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang menerima notis melalui e-mel daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Sebagai ADUN yang tiada ja­wa­tan, saya berpendapat tidak per­lu hadir, namun tidak sangka dihukum begini. Kalau hendak hukum juga, potong elaun ADUN," katanya.