Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berharap agar kesemua ADUN pembangkang dapat menggunakan peruntukan bagi belanjawan 2019 tersebut dengan baik demi manfaat rakyat.

“Bermula tahun depan, semua ADUN pembangkang seramai lapan orang akan menerima peruntukan pembangunan kecil sebanyak RM50,000 seorang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang diluluskan adalah sebanyak RM400,000.

“Jumlah itu tentulah tidak sama dengan ADUN kerajaan kerana anak sendiri dengan anak angkat berbeza sedikit,” katanya selepas menyampaikan ucapan penggulungan dalam persidangan kali ketiga (belanjawan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Difahamkan, ADUN Pas menerima peruntukan tersebut sebanyak RM250,000 seorang bermula tahun depan. -UTUSAN ONLINE