ADUN Kuala Sepetang dari Barisan Nasional (BN), Mohd. Kamaruddin Abu Bakar yang pada mulanya berbahas dengan membangkitkan beberapa isu di kawasannya, meminta kebenaran daripada Speaker DUN, Datuk Ngeh Koo Ham untuk menyanyi ketika mahu menutup perbahasannya.

Koo Ham kemudiannya membenarkan Mohd. Kamaruddin menyanyi dengan alasan perbahasan boleh disampaikan dalam pelbagai gaya termasuk menyanyi.

Mohd. Kamaruddin hanya menyanyikan dua baris lagu popular kumpulan Black Dog Bone’ iaitu ‘Harapan setinggi gunung, Berderai menjadi debu’ sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya sebelum mengakhiri perbahasan.

Gelagat beliau menyebabkan semua ahli DUN ketawa sambil bertepuk tangan kerana wakil rakyat itu menampilkan gaya berlainan ketika sesi perbahasan.

Lagi ‘Hatiku luka lagi’ sering dijadikan lagu untuk menyindir kerajaan PH kerana gagal menunaikan janji manifesto selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). - UTUSAN ONLINE