Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah kerajaan negeri memberi jaminan akan mengatasi masalah kewangan yang dialami MAPS.

Katanya, beliau berpuas hati dengan jaminan tersebut dan yakin kerajaan negeri atau mengatasi masalah kewangan MAPS.

“Dengan jaminan ini, saya rasa hasrat saya untuk membawa usul MAPS ini sudah tercapai, jadi tak perlu saya bawa usul ini untuk dibahaskan.

“Sebab saya bercadang untuk membawa usul MAPS ini bagi mendapatkan kepastian kerajaan dan kini dengan sudah ada jaminan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Zhemin, MAPS kini dibebani hutang apabila terpaksa membayar RM1.5 juta faedah pinjaman dan RM1.8 juta gaji pekerja atau keseluruhannya RM3.3 juta setiap bulan.

Beliau berkata, pada bulan September setiap tahun, sebanyak RM30 juta harus dibayar kepada pihak bank sebagai ‘bayaran prinsipal’.

“Kini disebabkan sudah ada jaminan daripada kerajaan negeri, kita harap akan dapat berbuat sesuatu untuk bayaran prinsipal sebelum bulan September kerana jumlah RM30 juta yang perlu dibayar agak berat,” katanya.

Zhemin membangkitkan kerugian MAPS pada sidang DUN dan mahu bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dipertanggungjawabkan di atas kerugian MAPS. - UTUSAN ONLINE