Datuk Seri Adnan Yaakob
Datuk Seri Adnan Yaakob

Satu sumber memberitahu, majlis pelantikan Menteri Besar dan angkat sumpah itu dijadualkan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan kira-kira pukul 9 pagi.

Adnan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dilantik sebagai Menteri Besar pada 25 Mei 1999 selepas menggantikan Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelmarin menyaksikan BN Pahang kembali membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Nege­ri (DUN) yang dipertandingkan manakala PKR sembilan kerusi dan Pas lapan kerusi.

Adnan mempertahankan kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 2,312 undi.

Beliau yang mendapat sebanyak 5,410 undi menewaskan calon PKR, Norhaizan Abu Hassan yang memperoleh 3,098 undi dan calon Pas, Zaharim Osman dengan 1,817 undi. - UTUSAN ONLINE