Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Adam Rosly hadapi enam pertuduhan

adam rsly
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kemewahan luar biasa yang dimilikinya. - UTUSAN ONLINE/FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR 21 April - Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas enam pertuduhan memberi pernyataan palsu dan menggemukakan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Februari lalu.

Bagaimanapun, Adam Rosly, 30, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Ahli perniagaan itu menghadapi dua pertuduhan memberi pernyataan palsu mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sementara itu, empat pertuduhan iaitu mengemukakan dokumen palsu dikemukakan mengikut Seksyen 89 akta sama yang kedua-duanya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu pejabat SPRM di blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini antara 10 Februari dan 22 Februari lalu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain