Soalan itu dilontarkan  berikutan kerisauannya terhadap kemungkinan tindakan yang boleh dilakukan ke atas bekas perdana menteri itu, keluarganya dan pengikut beliau.

"Jawab ayah, 'Ingatlah Nabi Muhammad masih meneruskan perjuangannya walaupun hanya dengan pengikut yang kecil. Ayah tahu ia amat perit. Tetapi ayah mahu berada di situ untuk rakyat apabila tiba masanya nanti mereka dapat melihat kenyataan sebenar Malaysia Baru.

"Mereka perlukan seseorang untuk mendengar rintihannya, seseorang yang akan berjuang bersama-sama mereka, seseorang yang akan berkata tak semuanya menemui jalan buntu dan kami masih boleh berbuat sesuatu mengenainya," tulis Nooryana Najwa dalam laman Instagramnya.

Najib ketika ini sedang berhadap 42 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, jenayah pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Nooryana Najwa mendakwa dengan 42 pertuduhan cukup untuk satu tudahan sahaja 'sangkut' berdasarkan dari segi teknikal terhadap Najib maka kerajaan telah menutup suara pengkritik yang paling tegar.

Justeru Nooryana Najwa meminta rakyat untuk terus memberikan sokongan mereka terhadap Najib.

"Pada setiap saat yang perlu dilalui beliau bersendirian di kandang tertuduh itu, di dalam fikirannya, beliau hanya memikirkan mengenai keluarga, kawan-kawan, penyokong dan rakyat yang sangat beliau ambil berat itu.

"Kamulah sumber kekuatan dan tekad beliau. Tolonglah berada di samping beliau pada ujian paling mencabar dalam hidupnya itu," katanya lagi.

Pendengaran pertama dijadualkan berlangsung esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Sembilan saksi pendakwaan akan dipanggil.-UTUSAN ONLINE