Apatah lagi, setelah lama badan mewakili peguam di semenanjung lebih ‘cocok’ dengan agenda golongan tertentu, kali ini 12 exco yang dipilih mampu memberi dimensi berbeza kepada hala tuju Majlis Peguam. Tujuh daripadanya pula beragama Islam.

Bukan rahsia umum, chai calon yang perlu dipilih bertebaran umpama pemilihan parti politik. Tujuannya daripada 30 calon yang bertanding, pilihlah nama pilihan. Difahamkan ada macam-macam nama jolokan, chai calon pro-Perlembagaan, chai liberal dan sebagainya. Maklumlah musim pemilihan.

Tetapi yang pasti, kempen antara dua chai memang menarik walaupun calon-calon bertanding atas kapasiti individu.

Hasilnya, kumpulan chai pro-Perlembagaan dengan 10 nama pilihan mereka berjaya menduduki 12 teratas walaupun jumlah undi yang diterima calon-calon menunjukkan pola pengundian bukanlah berlaku secara blok.

Teratas, Hendon Mohamed diikuti Sulaiman Abdullah dan Chan Weng Keng. Turut terpilih, dua peguam yang terlibat menentang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) iaitu Lukman Sheriff Alias dan Yusfarizal Yusoff.

Salah seorang yang gagal berada di kelompok 12 teratas, Siti Kassim. Namanya dalam daftar Majlis Peguam, Siti Zabedah Binti Kassim dan beliau hanya berada di kedudukan ke-17. Walaupun popular di media sosial dengan kenyataannya, namun kriteria itu belum cukup untuk jadi pilihan majoriti peguam yang mengundi.

Persoalan lebih penting apa selepas ini? Kalau Siti Kassim menjadi peneraju mungkin soalan itu lebih mudah untuk diberi jawapan.

Mengikut seorang rakan peguam, mereka mahukan kepemimpinan baru membawa Majlis Peguam menjadi sebuah badan bebas yang adil dalam menyuarakan pandangan berlandaskan Perlembagaan dan undang-undang selain bertindak sebagai satu pasukan dalam keputusan diambil.

“Bukan mengikut tafsiran yang disempitkan seperti mengikut agenda tertentu. Ini termasuk pandangan dalam hal-hal menyentuh Melayu dan Islam yang sudah termaktub dalam Perlembagaan,” katanya sambil menekankan soal menjaga kepentingan profesion guaman.

Pastinya kepimpinan baharu menampilkan gandingan peguam-peguam kanan yang berpengalaman luas. Kes-kes diwakili mereka bukan calang-calang, apatah lagi nama besar seperti Sulaiman Abdullah yang mewakili beberapa kes kepentingan umat Islam. Antaranya kes penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.

Bagi khalayak di luar, mereka mahukan Majlis Peguam meninggalkan bayangan jurucakap parti politik tertentu. Bersuara untuk melindungi kepentingan dan hak rakyat Malaysia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

Akhir sekali, tahniah kepada peguam-peguam yang menggerakkan usaha memastikan kemenangan 10 nama berkenaan. Mereka ada sebab tersendiri mengapa mahu 10 nama itu berada dalam barisan 12 exco. Kita tunggu dan lihat.-UTUSAN ONLINE

Berikut keputusan pemilihan Majlis Peguam 2019/2020

---------------------------------------------------

(1) Hendon Mohamed - 3,375

(2) Sulaiman Abdullah - 2,691

(3) Chan Weng Keng - 2,643

(4) Karen Cheah Yee Lynn -2,154

(5) N. Ravindran -2,147

(6) Muhammad Rafique Rashid Ali -2,132

(7) Mohamad Ezri Abdul Wahab -2,087

(8) Andrew Khoo Chin Hock - 2,070

(9) Lukman Sheriff Alias - 1,992

(10) Roger Tan Kor Mee - 1,975

(11) Salim Bashir Bhaskaran - 1,922

(12) Yusfarizal Yussoff - 1,880

(13) R. Jayabalan)- 1,862

(14) Fariz Irwan Mustafa - 1,856

(15) H.R Dipendra - 1,805

(16) Tan Lay Ean - 1,758

(17) Siti Zabedah Kasim - 1,748

(18) Khaizan Sharizad Ab. Razak - 1,587

(19) New Sin Yew - 1,549

(20) B. Anand Raj - 1,458

(21) Farez Mohd. Ali Jinnah - 1,207

(22) Ravinder Singh Dhalliwal - 1,180

(23) Norliza Rasool Khan - 1,100

(24) Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir -1,083

(25) Mohd. Amir Sharil Bahari Md. Noor -1,058

(26) M. Ramachelvam - 1,000

(27) Dauk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos - 959

(28) Kevin Sathiaseelan - 718

(29) Datuk Naran Singh- 554

(30) Datuk Ricky Tan - 529

Jumlah kertas undi dikeluarkan - 19,001

Jumlah kertas undi diterima - 5,455

*12 teratas dipilih Exco

*Sumber http://www.malaysianbar.org.my/