Bagaimanapun, beliau menafikan perbincangan tersebut tertumpu kepada soal bertukar parti.

Menurut beliau, perkara yang dibincangkan lebih memberi tumpuan kepada bagaimana UMNO dan Bersatu dapat bekerjasama, bukannya untuk melompat parti.

“Kami berbincang mengenai kerjasama itu bagi mencari jalan untuk menyelamatkan UMNO, itu sahaja.

“Kami mahu menyelamatkan UMNO kerana parti ini banyak berjasa kepada rakyat dan negara,” katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penularan satu senarai 17 nama Ahli-ahli Parlimen UMNO yang didakwa berpotensi untuk melompat parti.

Nama Zahidi turut tersenarai dalam senarai tersebut.

Senarai nama itu mula tersebar sejak pengumuman keluar UMNO dibuat oleh Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman. - UTUSAN ONLINE