Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus berkata, Abdul Rahman mengalami sakit perut dan berdasarkan pemeriksaan beliau perlu menjalani pembedahan usus.

Katanya, pembedahan itu berjaya dijalankan pada 22 Oktober lalu dan beliau dinasihatkan meneruskan rehabilitasi sebelum benar-benar pulih dan dibenarkan pulang.

“Abdul Rahman telah mula mobilasi di dalam wad dan HPP masih menempatkan beliau di unit rawatan rapi (ICU) bagi membolehkan pemantauan serta rawatan terbaik namun lawatan hanya untuk saudara terdekat, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan saya dari kerajaan negeri.

“Mohon semua rakyat dan seluruh warganegara mendoakan kesihatan beliau bagi terus menjalankan tugas rasminya,” katanya di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE