Berlatarbelakangkan anak tempatan serta telah banyak membantu dan berjasa kepada penduduk, Mohamad ataupun lebih dikenali sebagai Tok Mat terbukti lebih memahami apa yang diperlukan di Rantau.

Tajuddin Arul Dass Abdullah.
Tajuddin Arul Dass Abdullah. 

Seorang peniaga, Tajuddin Arul Dass Abdullah, 54, berkata, berbanding Mohamad, calon Pakatan Harapan (PH) Dr. S. Streram pula bukan berasal dari Rantau dan tidak begitu dikenali penduduk.

“Mana punya orang, mana punya kampung, tak tahu. Nanti kalau menang dia lari. Tapi Mohamad kita punya kampung sendiri, setiap Khamis boleh jumpa dia.

“Memang betul, dia sudah berapa tahun jaga Rantau, dia langsung tak berkira dengan penduduk. Jangan lupa jasa Mohamad,” katanya yang berasal dari Kampung Pasir Tengah, Siliau ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

V. Kavitha
V. Kavitha 

Sementara itu, bagi peniaga, V. Kavitha, berkata, penduduk di Rantau tentu akan memberi sokongan kepada Tok Mat kerana jika ada berlaku sebarang masalah, beliau mudah ditemui.

“Tok Mat orang sini, kalau ada masalah kita senang jumpa dia, setiap minggu sekurang-kurangnya sekali kita boleh jumpa dia di pejabat.

“Suami saya kemalangan dan sudah tiga bulan tidak bekerja, Tok Mat ada bantu kewangan sedikit serta bantuan kerusi roda, dia banyak tolong,” katanya. - UTUSAN ONLINE