Mohamad Aziz

“Saya sendiri 13 tahun berada di Mekah, saya tidak bermaksud apa-apa tapi saya perlu hentikan untuk mengelakkan kekeliruan.”

Demikian reak­si Timbalan Penge­rusi Tetap UM­NO, Tan Sri Mo­hamad Aziz ketika terse­rempak dengan Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini mengulas mengapa beliau bertindak menghalang ucapan Exco Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika berucap menyokong usul Ucapan Dasar Presiden semalam.

Fathul Bari sebelum itu sedang memberi contoh-contoh sejarah zaman Rasulullah mengenai fitnah yang berleluasa sebelum tiba-tiba dihentikan oleh Mohamad Aziz yang menganggap tidak perlu lagi membentangkan sejarah Rasulullah mengenai fitnah kerana takut masyarakat umum salah faham.

Namun Fathul Bari yang juga lulusan Sarjana Usuluddin (Hadis) dari Universiti Yarmouk, Jordan dan Ph.D Quran Sunnah (Hadis) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dilaporkan bersangka baik dan menganggap mungkin Mohamad Aziz tersalah sangka dengan apa yang ingin beliau ucapkan.

Mohamad Aziz bagaimana tidak mengulas lebih terperinci ‘kekeliruan yang dimaksudkannya’ kerana bergegas hendak ke Dewan Merdeka untuk menyertai perbahasan perhimpunan agung UMNO yang memasuki hari kedua.