JENICE LEE

Malah bekas Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Teratai, Jenice Lee mempersoalkan bagaimana para pemimpin Pakatan Harapan dengan sewenang-wenangnya mahu memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta mengembalikan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang sudah jelas tidak telus dan tidak membantu rakyat.

“Janji-janji yang dibuat mereka memanglah nampak cantik, tapi janji yang dibuat seperti menghapuskan GST dan mengembalikan SST akan menjadikan pihak yang sudah kaya bertambah kaya-raya, malah kalau semuanya dihapuskan, bagaimana mereka nak bayar, duit itu datang dari mana?

JENIRI AMIR
JENIRI AMIR

“Sebab itu pembangkang perlu betulkan niat terlebih dahulu, selesaikan isu sebenar yang dihadapi rakyat. Usah buat manifesto yang hanya sekadar mimpi di siang hari. Kalau nak jaga kebajikan rakyat pun biarlah munasabah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Manifesto Pakatan Harapan menggariskan janji-janji seperti subsidi minyak secara pukal, hapuskan hutang peneroka Felda, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suri rumah, menyamaratakan dan menaikkan gaji minimum.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Jeniri Amir menggelarkan manifesto Pakatan Harapan sekadar ‘indah di atas kertas’ yang hakikatnya tidak akan dapat dilaksanakan mereka.

“Sudah terang lagi bersuluh, manifesto Pakatan Harapan yang dilancarkan sangat bercita-cita besar tetapi pada masa sama sangat mustahil untuk dicapai. Lihatlah janji yang dibuat pada 2008 dan 2013, adakah janji mereka ditepati di negeri-negeri yang mereka perintah? Rakyat harus memilih semasak-masaknya dan jangan terpedaya dengan janji yang dibuat,” katanya.