“Kita akan tangani soal ke­du­dukan politik di Terengganu, saya tunggu laporan daripa­da Menteri Besar mengenai keduduk­an yang terkini.

“Saya sedang pantau apa yang berlaku di Terengganu. Saya ha­rap ia tidaklah menjadi sesuatu yang menyusahkan rakyat di Te­rengganu nanti,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-12 di sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO diminta mengulas tegur­an tajam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib semalam, yang meminta kepemimpinan tertinggi UMNO mengambil pendekatan dan tindakan segera menyelesaikan apa yang dianggapnya kemelut pentadbiran negeri pimpinan Ahmad Razif Abd. Rahman.

Malah, Ghazali dilihat berdiri teguh bersama bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal menentang kepemimpinan Ahmad Razif yang didakwa mencadangkan kepada pucuk pimpinan parti agar kedua-duanya dipecat daripada UMNO.

Malah, akhbar melaporkan Ahmad Razif didakwa menyarankan agar diadakan pilihan raya untuk menghentikan masalah membabitkan Ghazali dan Ahmad Said.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku pilihan raya mengejut, Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh diduga.

“Ia adalah tertakluk kepada disiplin anggota Barisan Nasional (BN) dan mereka telah pun menandatangani pengakuan untuk menyokong kerajaan BN,’’ kata Na­jib. – UTUSAN