Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin secara sinis meminta orang ramai bersangka baik dengan gambar tular tersebut.

“Brader tu minta kakak tu tukar duit kecil sebab nak beli strawberry Cameron Highlands. Husnudzon,” katanya dalam akaun Twitter miliknya di sini hari ini.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin yang berkata, itu bukanlah perbuatan politik wang.

“Kakak ni cuma bagi duit minum, tunggulah kat pembuangan undi baru bagi wang besar sikit.

“Sekarang ni pancing dulu mood orang muda, kalau boleh tipu lagi baru masuk gear empat,” katanya.

Gambar tular tersebut menunjukkan seorang wanita memakai baju dengan logo PH mengagihkan wang kepada beberapa pemuda yang memakai baju sama.

Dalam gambar yang lain, kelihatan kira-kira 30 orang dengan baju sama sedang mendengar ucapan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan calon PH bagi PRK Cameron Highlands, M. Manogaran. - UTUSAN ONLINE