SHAMSUL ANUAR: Memang kita boleh bercakap secara terbuka kerana kita sayangkan parti. Namun hakikatnya cara yang dilakukan secara kita tidak sedar akan merugikan parti.

Mengapa hubungan antara Presiden dan timbalan presiden penting?

Hubungan pemimpin nombor satu dan nombor dua sebenarnya cukup bernilai. Jika pemimpin nombor dua rasa tidak puas hati, dia boleh kritik, tegur atau beri pandangan atau luahkan, namun biarlah secara tertutup dan berdua.

Di mata umum, mesti tunjukkan keakraban demi parti, bangsa dan negara. Janganlah mengkritik atau luahkan di luar.

Kalau bukan timbalan pre­siden, siapa akan bantu Pre­siden?

Tidak mudah memimpin di zaman ‘dunia di hujung jari’ ini. Soal krisis, apakah Presiden yang lepas tiada krisis dalam UMNO, malah UMNO pernah diharamkan. Apakah tidak berlaku ketirisan dan kerugian dalam syarikat milik kerajaan di zaman itu? Kita boleh bariskan di sini namun amat tidak sesuai.

Ada melihat Presiden parti agak bersabar berdepan pengkritiknya?

Apakah salah jika beliau ubah keadaan daripada memberi subsidi secara pukal kepada syarikat tertentu, beralih kepada kumpulan sasar - yakni secara terus kepada rakyat yang memerlukan? Saya ingin bertanya daripada mana wang yang bolehkan rakyat mendapat bil elektrik percuma di bawah RM20? Daripada mana datangnya BR1M? Bantuan persekolahan? Wang sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan? Itu semua sebahagiannya hasil daripada perubahan cara berbelanja kerajaan, misalnya me­lalui rasionalisasi subsidi.

Adakah ini bermakna Najib bertindak betul?

Dulu wang itu diberikan pukal kepada syarikat tertentu namun kini terus kepada rakyat. Datuk Seri Najib memilih menjaga rakyat daripada hanya menjaga kumpulan tertentu dalam banyak keadaan.